NADI Mahir Jahit Minggu 15
28 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2025 (Selasa) telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-15. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta (Kelas 6, Mahir Jahit) dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Topik yang dikongsikan pada minggu yang ke-15 ini adalah cara untuk memotong dan menjahit kain susun tepi. Semua peralatan jahitan yang digunakan semasa kelas Mahir Jahit ini telah disediakan di NADI kecuali fabrik.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: